Pengenalan
Unit Keusahawanan Politeknik Merlimau telah ditubuhkan pada Oktober 2012 seiring dengan penstrukturan semula Unit Keusahawanan Jabatan Pendidikan Politeknik. Unit Keusahawanan di setiap politeknik adalah tertakluk di bawah penyelarasan aktiviti keusahawanan oleh Pusat Keusahawanan Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia (CEDev), Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik. Unit Keusahawanan berperanan untuk membangunkan pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik termasuk fungsi-fungsi berikut;
Peranan & Fungsi
1. Menyelaras aktiviti keusahawanan di peringkat Pusat Keusahawanan Politeknik & Kolej Komunti dan peringkat
Politeknik Merlimau
2. Merancang, melaksana dan memantau segala aktiviti keusahawanan di Politeknik Merlimau
3. Menjadi pusat rujukan dan perundingan perniagaan pelajar dan alumni
Visi
Melahirkan pelajar yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
Misi
Menjadi pusat rujukan pelajar & alumni dalam khidmat perundingan perniagaan di Politeknik Merlimau
Logo
